Sunday, March 15, 2015

Weekend Getaway at The Kabin



Cakap pasal kabin teringat cerita The Cabin In The Woods.. Kabin yang tu memang horror.. Ms Anggun pun tak nak pergi.. Ini The Kabin yang tak horror.. Terbaik!

Sempena 20 tahun persahabatan Ms Anggun bersama Srikandi 959 tercinta, kami telah bersepakat untuk mengadakan reunion di The Kabin, Jeram.. Alhamdulillah perancangan yang teliti oleh AJK tercinta maka impian berjumpa semula akhirnya terlaksana pada 7 dan 8 Mac 2015..


Pertama kali Ms Anggun dengar tempat bernama The Kabin ini.. Jadi aktiviti google menggoogle pun bermula.. Selain maklumat diperolehi dari website rasmi The Kabin, Ms Anggun juga mendapatkan review2 dari mereka yang pernah mengunjungi The Kabin.. Kebanyakan mereka memberi review yang baik.. Alhamdulillah.. Jadi Ms Anggun tak perlu risau untuk membelanjakan wang ke sana..


Setibanya ke destinasi, perkara paling utama yang mendapat tumpuan Ms Anggun adalah sign yang berwarna merah yang tertulis The Kabin ini.. Memang terkesan di hati dan minda.. Good job kepada pemilik The Kabin..


Jadi untuk kenang-kenangan adalah WAJIB bergambar di sini..

Di The Kabin ni terdapat 18 buah kabin dengan harga yang berlainan iaitu:

Rotterdam
Antwerp
Felixstowe
Hamburg
Durban
Santos
Balboa
Long Beach
Vancouver
Shanghai
Singapore
Sharjah
Busan
Keihin
Kelang
Ho Chi Minh
Colombo
Melbourne


Suasana di sini amat tenteram.. Jauh dari kebisingan kota.. Eceh ayat tak boleh tahan.. The Kabin secara keseluruhannya boleh memuatkan 78 tetamu dalam satu masa.. Alhamdulillah dapat memuatkan separuh rakan-rakan Ms Anggun batch 959.. Separuh lagi tidak dapat menghadirkan diri kerana masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.. Sekiranya, semua bersetuju untuk menghadirkan diri maka terpaksalah kami mencari venue yang lain..


Ms Anggun suka sangat kabin Long Beach ni sebab menghadap swimming pool dan anjung rehat yang luas.. Tapi kabin ni diberikan keutamaan kepada rakan-rakan yang membawa keluarga, yang mempunyai anak ramai.. Hihii.. Harga kabin Long Beach ni RM340 pada waktu puncak dan RM290 pada hari biasa..


Ini pula kabin Ms Anggun dan rakan-rakan.. Melbourne!! 4 bunk bed, beraircond dan tv yang betul-betul depan muka.. Hahahaa.. Biliknya amat kemas dan selesa kecuali masalah ruang sempit.. Berselisih bahu pun bukan.. Jika berselisih, salah seorang kena lompat atas katil.. Hahahaa.. Tak sempat nak snap gambar katil.. 


Di setiap kabin terdapat ruang lepak yang selesa untuk penghuni kabin.. Sangat sesuai untuk bergosip dan minum coffee.. Tapi cakap siang pandang-pandang.. Jangan mengumpat kuat sangat, jiran sebelah boleh dengar..

The Kabin ni amat sesuai untuk dijadikan percutian keluarga dan juga reunion kerana The Kabin menyediakan pelbagai kemudahan untuk kegunaan para tetamu..

Facilities:

50ft Swimming Pool + Wading Pool
Cafe cum Check-in Counter
BBQ Alfresco
Multi Function Room
Karaoke Room
Tree House
Bicycle Rental
Wifi / Astro


SWIMMING POOL AND WADING POOL


Swimming poolnya sangat mengiurkan.. No life guards jadi kena jaga diri sendiri terutamanya anak-anak kecil.. Jika girls only dah lama Ms Anggun terjun.. tapi swim attire tak bawa jadi terpaksalah batalkan niat..


Bergambar dari jauh pun jauh lah.. Tak dapat mandi kolam bergambar tepi kolam pun jadilah.. We really did have so much fun here at The Kabin.. So much love all around.. Jumpa pertama kali masa Form 1, berumur 13 tahun dan tahun ini berjumpa semula pada umur 33 tahun.. Alhamdulillah.. 


Kebanyakannya sudah berkeluarga.. Masing-masing bawa future Srikandi.. Comel lotey je semua.. 2 of Ms Anggun's friends kahwin dengan Mat Saleh.. Anak-anak mereka bukan main comel!


Belanja lagi satu gambar si cutie Pincha ni.. Comel yang amat! Comel, baik, tak buat perangai.. Untung maknya.. Ms Anggun pun nak anak dara dan anak teruna Ms Anggun macam si Pincha dan Suffian.. Hihihi.. Insyaallah..


MULTIPURPOSE ROOM


Multipurpose room yang disediakan sangat selesa.. Boleh dijadikan tempat untuk tayangan movie, tempat berkumpul dan bersantai.. Kami juga telah menjadikan bilik ini sebagai tempat sembahyang maghrib berjemaah.. Alhamdulillah..


KARAOKE ROOM


Yang sebelah kanan tu kesukaan Ms Anggun.. Melalak time! Pilihan lagu yang banyak.. Ms Anggun suka.. Hahahaa.. Memang tak sabar menunggu karaoke session.. 


Bilik karaoke adalah seluas 1 kabin.. Memang sound proof.. Sound system juga baik.. Jadi melalak sampai jam 2 pagi pun tak menggangu penghuni lain.. Tapi kena la ikut timing yang diberikan oleh pihak pengurusan..


Inilah keadaannya bila sesi karaoke bermula.. Ada yang tak dapat join kerana sibuk melayan karenah anak-anak.. Terpaksa melayan anak-anak tengok movie di 'common room'.. Sebenarnya ramai antara mereka ni malu nak menyanyi.. Ms Anggun mula-mula je malu segan.. Sampai suara pun terketar-ketar.. Selepas itu melalak tak hengat dunia.. Hihiii.. Bila lagi kan? 4 jam kami melalak, jam 2 pagi baru habis.. Lepas sudah gian nak menyanyi.. :)


Eh eh eh.. laju je, nak ke mana?

 

Nak ambil hadiah pertandingan karaoke! Hihiii.. Kembang hidung sekejap..


BARBECUE ALFRESCO


Bilik Ms Anggun sebelah tempat makan je.. The Kabin menyediakan tempat BBQ untuk para tetamu.. Di sini jugalah tempat kami berkumpul untuk minum petang, BBQ dan sarapan pagi.. Alhamdulillah.. Ruang yang disediakan cukup selesa.. Tiada apa yang kami nak complaint..


Ruang yang luas di sekitar tempat BBQ ni menjadikan tempat yang sesuai untuk kami berkumpul sebelum memulakan aktiviti.. Tempat taklimat..


Kambing golek for our BBQ night was catered by The Grill Kitchen.. Ms Anggun tak makan kambing.. Tapi tak rugi pun sebab banyak makanan lain.. Alhamdulillah kenyang.. Malam BBQ sangat mengenyangkan.. Gosip mengalir macam air.. Hihii..


Pada keesokan paginya, menu paling sedap adalah nasi ambang.. Terbaik!! Tahniah kepada AJK makanan untuk reunion kali ini kerana makanannya sangat sedap dan tidak putus-putus.. Kegemukan melanda walaupun 2 hari 1 malam saja di sana..


Here's to the nights that turned into mornings, with the friends that turned into family.

SRIKANDI 959 CELEBRATING 20 YEARS OF LOVE AND FRIENDSHIP
1995-2015

A Success!! Salute!!

Venue Terbaik!

The Kabin
Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor
0185932014 / 0176783825