Tuesday, September 9, 2014

Mengidam Nasi Kukus



Three weeks ago Ms Anggun ada tapaukan nasi kukus buat Mr Bergaya.. Selepas hari ITU sampailah hari INI Mr Bergaya asyik nak makan nasi kukus jer.. Lunch or dinner memang nak makan nasi kukus tu.. Setiap hari tanpa gagal.. Ms Anggun pun terpaksa sama makan nasi kukus tetapi Ms Anggun berjaya untuk tidak makan setiap hari.. Walaupun hanya beberapa hari sahaja berjaya melepaskan diri.. Hahaa..


Ada satu hari tu dalam minggu lepas, Ms Anggun and Mr Bergaya already had our lunch at RZ Nasi Kukus Seksyen 7 Shah Alam ni.. Tup tup pukul 11.15 malam Mr Bergaya cakap nak makan nasi kukus.. Alamak! Dengan segera Ms Anggun dan Mr Bergaya bergegas ke Seksyen 7.. Around 11.40 arrived at the restaurant tapi ayam berempah sudah habis.. Mr Bergaya bukan main merajuk lagi.. Dalam hati Ms Anggun, apa kena dengan suami aku ni? Bila ditanya nak makan kat mana, dia tarik muka masam je dan tak nak bagi jawapan.. Hmm.. Ms Anggun agak terasa jugak masa tu sebab bukannya salah Ms Anggun ayam habis.. Kan?? Hihii.. tapi pelik betul perangai Mr Bergaya kebelakangan ini.. Mr Bergaya cakap nasi kukus dengan ayam berempah dan karinya memang sedap sangat.. Esoknya awal-awal kami dah sampai.. :p

Oleh kerana Ms Anggun musykil dengan aktiviti makan nasi kukus setiap hari ni, Ms Anggun decide untuk buat Urine Pregnancy Test (UPT) senyap2.. Sebab tak naklah bagi harapan pada sesiapa sebab sebelum ni Ms Anggun dah buat test dalam 4 kali tetapi resultnya negative.. Ms Anggun tidak menaruh harapan tinggi sebab usia perkahwinan Ms Anggun dan Mr Bergaya baru nak mencecah 4 bulan.. masih awal lagi.. tetapi kalau rezeki dapat awal memang bersyukur sangat..

Semasa buat test kelmarin, lama jugak Ms Anggun bertafakur dalam toilet tanpa ada keberanian untuk tengok result.. hahaaa.. Memang terperanjat dengan result! Rasa macam nak melompat menjerit semua ada.. Keluar dari toilet tangan Ms Anggun tak berhenti menggigil.. 


Tanpa berkata apa-apa Ms Anggun terus tunjukkan result UPT pada Mr Bergaya.. Dengan muka terkejut, pelik, musykil, excited Mr Bergaya tenung test strip tu lama-lama.. Macam tu rupanye reaksi orang baru first time nak jadi bapa.. Hihiii.. Happy tersangat2! Tapi takut jugak false alarm.. So Ms Anggun decide nak buat test sekali lagi pagi semalam.. We decide to keep it to ourselves first.. And yesterday morning another 'double line'!! Alhamdulillah.. and the news spread with lots of love..

Cause this is Ms Anggun's first experience and the knowledge about pregnancy is zero, so Ms Anggun did some research on first pregnancy and thanks to Mr Google, a lot can be found.. Nasib baik juga Ms Anggun ada Mama Hannah yang ada recent pengalaman so dia boleh suggest cara terkini.. hihiii.. Ms Anggun juga ada bertanya pada brother in law who is a doctor.. Thought of asking my sister but he answered first.. Hihii..


Yesterday evening Ms Anggun went to Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam untuk buat pengesahan kehamilan.. Dalam banyak-banyak entry yang Ms Anggun baca, tak ramai yang buat pengesahan hamil di Klinik Kesihatan sebab kebanyakannya tak mempunyai banyak masa untuk menunggu giliran di Klinik Kesihatan.. Ms Anggun tak jumpa pun entry yang buat pengesahan hamil di Klinik Kesihatan.. Kebanyakannya buat pengesahan hamil di klinik swasta dan kemudiannya buka buku pink merah di Klinik Kesihatan.. Jadi Ms Anggun pilih Klinik Ajwa untuk buat pengesahan..

Dr Aida sangat nice.. Doktor terus suggest buat scan bila Ms Anggun explain pada doktor berkenaan UPT yang Ms Anggun buat pada pagi semalam.. Nervous Ms Anggun bila scan takde apa-apa yang kelihatan.. Muncul pulak 'encik fibroid' kat skrin.. Alaaa sedihnya.. False alarm ker? Ms Anggun pun risau jugak pasal 'encik fibroid' tu.. Tapi doktor kata takde masalah sebab kecil jer.. Alhamdulillah..

So, adakah Ms Anggun hamil? After tak nampak apa-apa masa scan, doktor cadangkan Ms Anggun buat urine test lagi sekali.. Ok.. Ms Anggun kena tunggu lagi sekali untuk dapatkan result.. Bila doktor panggil masuk bilik terus dia ucap tahniah! Memang positive! Rasa macam nak menjerit sebab happy sesangat! Doktor explain, scan tak nampak sebab mungkin kandungan masih terlalu awal.. Doktor tak dapat nak agak usia kandungan sebab period Ms Anggun memang tak teratur.. Last (first day period) Ms Anggun period adalah pada first day puasa tahun ni 29 Jun 2014.. dan dalam tempoh tak period tu Ms Anggun ada buat UPT tapi hasilnya negative.. So Ms Anggun faham bila doktor tak boleh nak buat anggaran usia kandungan Ms Anggun.. Kena tunggu another three weeks untuk scan lagi sekali..

Alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri pada Ms Anggun dan Mr Bergaya! Kawan-kawan doakan kesihatan kandungan Ms Anggun ye! (^__^)


Kami kumpul duit nak kahwin dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at 'TERPAKSA KAYA' TANPA SEDAR

No comments:

Post a Comment