Monday, September 8, 2014

#throwback : Dirisik lalu Bertunang


Mula-mula tak nak couple.. nanti pening kepala..
Bila couple.. takde la pening kepala..

Bila dah couple..
Tak nak fikir pasal kahwin.. nanti pening kepala..

Tup-tup.. bulan Mei dah bertunang.. bulan Jun nikah..
Mr Bergaya cakap Ms Anggun dah buat sesuatu pada dia sampai dia setuju untuk lalui semua majlis yang pada Mr Bergaya sangat complicated dan sangat memerlukan banyak tenaga dan wang.. Hmmm.. Pokk pale kang cakap camtu! Hahaa..



Tarikh istimewa dalam hidup Ms Anggun dan Mr Bergaya.. Sebentuk cincin belah rotan tanda ikatan dalam majlis yang simple jer.. Senyum lebar sampai ke telinga.. Yeay!! Kami dah bertunang!!


Ditetapkan Tarikh Nikah : 20 Jun 2014 (^___^)

"Follow your instinct. Your heart knows what it wants."

Tak pernah terfikir untuk menjalinkan ikatan dalam masa terdekat kerana masing-masing belum stabil, masih belum kukuh pendapatan, masih belum cukup ilmu untuk berumahtangga dan masih kurang dari segi ilmu agama.. Tapi jika difikirkan sampa bila? Donald Trump pun masih rasa tak cukup dengan apa yang dia ada sekarang.. Macamana nak tahu ilmu rumahtangga apa yang kurang jika diri sendiri tak berumahtangga..

Jadi, Ms Anggun dan Mr Bergaya decide untuk 'go with the flow'.. 
Follow what the heart says..
Ms Anggun's heart said YES..
Mr Bergaya's heart said YES..

Ms Anggun did ask Mr Bergaya several times sebab kadang-kadang rasa confuse macam lagu Rihanna ni

"So confused wanna ask you if you love me, But I don't wanna seem so weak, Maybe I've been California dreaming"

Hehee.. Tak nak lah kalau Mr Bergaya rasa belum bersedia atau terpaksa.. Ms Anggun memang dah sentiasa bersedia sejak berumur 25 tahun.. Hahaa.. 
Pada Ms Anggun, Mr Bergaya ada sesuatu yang sangat menarik hati Ms Anggun, yang buatkan Ms Anggun susah nak lupa.. nak dekat tujuh tahun Ms Anggun tak boleh lupa Mr Bergaya.. Nanti Ms Anggun cerita kisah tujuh tahun tu.. hihii.. 

Tak romantik.. Tak caring.. Tak sweet..
Itulah orangnya Mr Bergaya ni..
Tetapi dalam masa yang sama dia sangat romantik, sangat caring dan sangat sweet.. Selalu buat Ms Anggun konfius Mr Bergaya ni.. Kesayangan Ms Anggun..


Majlis pertunangan Ms Anggun dan Mr Bergaya adalah yang tersangat simple..
Hanya keluarga sebelah Ms Anggun dan sebelah Mr Beragaya..

No pelamin tunang.. No hantaran terbabom.. No gorgeous dress.. No tepak sirih.. No diamond ring..
Duduk bersimpuh kat atas tikar.. Hantaran berlapik tisu IKEA.. Jubah putih yang telah lama dibeli (standby).. Pantun pun tak jadi.. Tersarung cincin belah rotan yang indah di tangan Ms Anggun..


Pulut kuning rendang daging, chocolate moist cake yang tersedap..
Made by Mr Bergaya's sister in law.. Yummss..

Hidangan makanan untuk rombongan adalah homemade mee kari..
Acara merisik dan bertunang diselangi dengan gelak tawa..
Itulah kebahagiaan Ms Anggun dan Mr Bergaya..


Adik dan Kakak penyeri majlis.. Riuh sekampung dibuatnya mereka berdua ni..
Tak sabar nak throwback pasal majlis pernikahan Ms Anggun dan Mr Bergaya!
Stay tuned!


Kami kumpul duit nak kahwin dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at 'TERPAKSA KAYA' TANPA SEDAR

No comments:

Post a Comment