Monday, December 29, 2014

Merindui Abah Tersayang



10.12.14

Tarikh paling sedih dalam sejarah hidup Ms Anggun bila Abah tersayang pergi meninggalkan kami sekeluarga.. Tak tertanggung kesedihan kerana kehilangan insan yang paling disayangi.. Terlalu cepat dan secara tiba-tiba.. Tidak diduga sama sekali.. Masih tidak percaya yang Abah sudah tiada..

Kami redha dengan pemergian Abah kerana kami percaya Allah lebih menyayangi Abah.. Namun rindu masih bertamu setiap detik dan ketika..

I miss you Abah.. A little too much, a little too often, and a little more everyday..


Kekasih pertama Ms Anggun.. Hero pertama Ms Anggun..

Seorang Abah yang terhebat buat kami anak-anakmu..
Seorang suami yang terhebat buat Ma isterimu..
Kami merinduimu Abah..


A great father! A great teacher! Mengajar kami menjadi manusia yang ada hati dan perasaan.. Insyaallah kami akan kekal bersama kerana kasih sayang Abah..

"Ya Allah Ya Tuhanku.. tempatkanlah Mohd Nawi bin Che Cob di kalangan orang-orang yang beriman.. Engkau lindungilah dia dari azab api neraka Ya Allah.. Amin amin amin.."

Semoga Abah damai di sana.. Hanya doa yang mampu kami kirimkan.. Insyaallah.. Al-fatihah..


Doa Rasulullah (saw) untuk yang telah meninggal dunia

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad (saw) ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:

Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya.

Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah di dalam doa di atas.

DOAKAN ABAH : MOHD NAWI BIN CHE COB

Abah..
Bersemadilah dengan aman,
Semoga rohmu diberkati Yang Esa,
Doaku tidak pernah kering meniti bibirku buatmu sentiasa,
Dikaulah abahku di dunia dan akhirat.

Anakmu sentiasa merindui dirimu..

Al-fatihah