Friday, February 20, 2015

Burger Kukus Tal 7



Demi masa depan, ada yang sanggup lakukan apa sahaja untuk kebahagiaan keluarga.. Sahabat Ms Anggun dan Mr Bergaya sorang ni sanggup berhenti kerja yang gajinya agak besar di Johor dan pulang ke kampung di Pasir Mas dan membuka gerai burger! Alasannya lebih banyak masa bersama keluarga.. Salute buat Mr John Burger! 

"Success is not a destination, but the road that you're on. Being successful means that you're working hard and walking your walk every day. You can only live your dream by working hard towards it. That's living your dream."
~Marlon Wayans~


Seorang sahabat perlu menyokong perniagaan sahabat yang lain.. Ms Anggun dan Mr Bergaya tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi gerai burger Mr John Burger setiap kali kami pulang ke kampung.. 


Walaupun kami semua sudah kekenyangan makan malam, kami tetap nak mencuba Burger Kukus Tal 7.. Black pepper sauce terbaik! Ala-ala prosperity burger McD tetapi dengan roti yang lebih lembut.. Nyumss.. Digrill dengan penuh kasih sayang..



Meja lepak untuk kawan-kawan.. Kat sini tiada konsep dine-in.. Take-away only tapi jika ada kawan-kawan datang makan ada la sebiji meja disediakan.. Sangat berpuas hati!


Tengok sajalah Mr Bergaya ni.. Sampai tertutup matanya! Hihii.. Makanan yang sedap memang perlu dinikmati dengan sepenuh hati.. Jika datang ke Kelantan jangan lupa cari Burger Kukus Tal 7..

Selamat JJCM!


Oops terlupa pula.. Ms Anggun dan Mr Bergaya memang dalam usaha meluaskan rangkaian G2 Network dan SKN2U Team di Kelantan.. Jadi mana-mana sahabat yang kami jumpa memang kena dengar celoteh dari kami.. Hihii.. Siapa lagi nak bantu kawan-kawan kan? Insya'allah G2 Network dapat membantu mereka yang sedang berusaha untuk mempunyai perniagaan sendiri.. Jana pendapatan sampingan atau pendapatan tetap, terpulang kepada diri sendiri! Kami.. full time job buat kami! Berusaha keras sekarang untuk kesenangan dan kebahagiaan masa depan..

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Idola : Melangsing, Membentuk, Detoks, Mengempes

Impian : Rapat, Montok, Cantik, Anjal

Insas : Kuat, Tegang, Tahan Lama


Jana Pendapatan bersama G2 Network dan SKN2U Team






Tuesday, February 17, 2015

PCB : Pantai Cinta Berahi aka Pantai Cahaya Bulan



Ms Anggun dan pantai memang tak dapat dipisahkan.. Ms Anggun suka sangat laut yang luas terbentang, ombak yang menderu, angin menghembus bayu.. Ketenangan yang Ms Anggun cari boleh dijumpai di pantai.. 

Berjumpa pulak Ms Anggun dengan Mr Bergaya yang juga sukakan pantai.. Kali pertama Ms Anggun bawa Mr Bergaya berjumpa keluarga Ms Anggun di Kelantan, Ms Anggun bawa Mr Bergaya lepak di tepi pantai.. Dan di sanalah Mr Bergaya menyatakan yang Mr Bergaya sudah jatuh hati pada Ms Anggun.. Katanya selepas berjumpa dan mengenali keluarga Ms Anggun, Mr Bergaya makin jatuh hati.. Hihii.. Terharu Ms Anggun.. Lepas tu masing-masing hanya berdiam diri memandang lautan yang luas terbentang.. Tenang dan damai.. Hanya bunyi ombak yang memecah kesunyian.. Di hujung-hujung tu disambut juga dengan bunyi dengkuran Mr Bergaya.. Hahaa.. Syoknya Mr Bergaya baring kat atas pasir pantai sampai tertidur..


Kali ni, peluang untuk ke pantai memang takkan dilepaskan.. Ke Pantai Cahaya Bulan kami pergi atau singkatannya PCB.. Dahulunya PCB dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi tetapi kini ditukar manjadi Pantai Cahaya Bulan.. Jadi berhimpitlah kami berempat menuju ke PCB.. Hahaa..

Semasa Ms Anggun kecil, arwah Abah selalu cerita yang PCB cantik tempatnya.. Tapi Ms Anggun tak pernah sampai ke PCB kerana tempat tinggal Ms Anggun semasa zaman kanak-kanak memang jauh dari PCB.. Bila semakin dewasa Ms Anggun masih tidak berkesempatan pergi ke PCB kerana jarang berada di Kelantan.. Jadi ini adalah kali kedua Ms Anggun sampai ke PCB pada waktu siang.. Kali pertama Ms Anggun datang ke PCB pada waktu malam untuk makan seafood celup tepung di sini.. Jadi pada ketika itu Ms Anggun tidak dapat melihat keadaan pantainya..


Beginilah keadaan pantai PCB pada hari ini.. Tiada lagi pasir putih yang cantik untuk dijadikan tempat berkelah dan tempat kanak-kanak berlari-lari.. Tiada lagi laut tenang untuk pengunjung bermandi-manda.. Yang ada kini hanyalah batuan besar yang menjadi tebing dan benteng untuk menghalang hakisan pantai.. Ombak besar dan arus yang kuat kini menjadi musuh dan bukan lagi rakan baik buat kanak-kanak yang ingin bermandi-manda..


Pengunjung hanya mampu menikmati pemandangan dari tebing batu sahaja.. Menyentuh gigi air jauh sekali..


Tak mengapa.. Dapat melihat lautan dan mendengar deruan ombak sudah cukup menerujakan hati kami.. Suasana damai ini tidak mampu diperolehi di Kuala Lumpur.. 


Angin kencang dan sejuk inilah menjadi punca Ms Anggun demam sepanjang kami berada di Kelantan.. Huhuuu..


Angin kencang sehingga Ultraman pun boleh tersangkut!

Sebelum kami pulang.. Sempat juga kami menjamu selera di sini.. Terdapat puluhan gerai makan yang menyediakan pelbagai jenis hidangan masakan.. ABC, Air kelapa, Aiskrim kelapa, Masakan panas, ikan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung, maggie ketam dan macam-macam lagi..


Kesukaan Mr Bergaya sotong celup tepung.. Harga bergantung pada saiz sotong.. Jika anda sedang on budget, bersedialah dengan harganya.. Hihiii..


Ms Anggun mana makan sotong.. Ini sajalah yang mampu masuk mulut.. Sausage celup tepung.. Sausage tomyam namanya.. Boleh tahan sedap.. If nak tanya ayam ke daging, confirm si penjual pun tak tahu yang mana satu sebab semuanya bersalut tepung.. Jadi, hantam sajalah!

Selamat JJCM!


Idola : Melangsing, Membentuk, Detoks, Mengempes

Impian : Rapat, Montok, Cantik, Anjal

Insas : Kuat, Tegang, Tahan Lama


Jana Pendapatan bersama G2 NetworkdanSKN2U Team


Wednesday, February 11, 2015

KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh



Kalau balik Kelantan tak sah kalau tak makan ikan bakar.. Wajib! Nasi putih, ikan bakar, ulam dan budu.. Cukup!


Teringat pula pada arwah Abah.. Arwah memang suka makan ikan bakar.. Nanti berpeluh-peluh arwah kepedasan makan budu.. Huhuu.. Rindu.. Setiap kali balik kampung ada saja tempat makan best yang arwah akan suggest.. Semoga abah tenang di sana.. Al-fatihah..


Setakat ni ada 2 kedai ikan bakar yang kami suka.. KST Ikan Bakar dan Raja Ikan Bakar.. Masing2 ada keistimewaan tersendiri.. Jika Raja Ikan Bakar terkenal dengan sambalnya yang pedas, KST Ikan Bakar pula menpunyai pelbagai pilihan air asam.. Cara bakar pula ada dua cara iaitu bakar kering dan bakar bersambal.. Ms Anggun lebih suka bakar kering.. Budu memang menjadi pojaan hati Ms Anggun.. Air asam lain tolak tepi..


Ulam? Ms Anggun bukan jenis yang suka makan sayur tapi bila masuk bab nasi putih, budu dan ikan bakar, ulam menjadi wajib pula.. Tapi ulam Ms Anggun adalah salad dan timun batang.. 



Ms Anggun tak makan petai, tak makan jering, tak makan kacang botol dan banyak lagi.. Dan secara kesimpulannya hanya 5 jenis ulam or sayur je yang Ms Anggun makan.. Timun batang, salad, kubis, brokoli dan kubis bunga.. Hihii.. Kubis dan kubis bunga tak hijau pun.. 


Lokasi KST Ikan Bakar berdekatan dengan Wakaf Che Yeh dan berhadapan dengan Kopitiam D'klasik.. Ramai yang akan singgah makan malam di KST Ikan Bakar sebelum mereka shopping di Wakaf Che Yeh.. Jadi masa untuk ikan bakar siap mengambil masa sehingga lebih 30 minit.. Perlu banyak bersabar sekiranya datang untuk makan malam..


Memang tidak mengecewakan walaupun terpaksa menunggu lama.. Habis licin sehingga menjilat jari.. Alhamdulillah kenyang..

Selamat JJCM!


Idola : Melangsing, Membentuk, Detoks, Mengempes

Impian : Rapat, Montok, Cantik, Anjal

Insas : Kuat, Tegang, Tahan Lama


Jana Pendapatan bersama G2 Network dan SKN2U Team

G2 Network Business Preview di Kelantan



Ms Anggun dan Mr Bergaya kini menceburkan diri dalam networking terbaru di Malaysia iaitu G2 Network yang duta rasminya adalah Rozita Che Wan.. G2 Network menawarkan produk yang menarik untuk kesihatan iaitu Idola, Idaman dan Insas..

Tidak salah untuk mencuba pelbagai jenis perniagaan dari pelbagai jenis syarikat asalkan ia membawa keuntungan buat di Ms Anggun, Mr Bergaya dan semua.. Dalam perniagaan tiada siapa yang mahu rugi.. Epal Hijau? Ms Anggun dan Mr Bergaya masih juga menjalankan tersebut tetapi momentum kami lebih kepada G2 Network buat masa ini.. Fresh market la katakan.. Insyaallah! Doakan kejayaan kami ye!


Syarikat yang baru dilancarkan pada May 2014 masih lagi baru di dalam dunia networking.. Jadi rangkaiannya masih lagi kecil.. Ms Anggun dan Mr Bergaya akan mengambil apa saja peluang yang tiba di hadapan kami.. G2 Network di Kelantan? Masih baru dan ramai lagi yang belum tahu.. 

Jadi pada 6 Februari 2015, bertempat di Royal Guest House, Kota Bharu telah diadakan Business Preview G2 Network.. Mr Bergaya dengan bersemangatnya ajak Ms Anggun balik kampung untuk menyertai business preview tersebut.. Seronok yang amat la Ms Anggun dapat balik kampung..


Mr Bergaya kata, ini peluang kami untuk meluaskan network di Kelantan.. Insyaallah.. Business partner kami Mr Bob Tony dan Ms Aqifays pun follow 'kelik kapong' Ms Anggun.. Sambil berbisnes sambil jalan-jalan cari makan la macam ni.. Yay!!

Kami berempat tidak tidur kerana terlampau excited untuk mengembangkan network kami di Kelantan.. 5 Februari 2015 pepagi buta kami sudah terpacak di Airport Subang.. Malindo Air sedang buat promotion jadi dapatlah tiket dengan harga yang murah.. Tambang pergi balik Ms Anggun dan Mr Bergaya jumlah keseluruhannya hanya RM292.. Dah rezeki kami, tiba-tiba nak follow business preview di Kelantan, tiba-tiba Malindo Air ada promotion.. Alhamdulillah.. Bagi mereka yang nak travel murah boleh check out Malindo Air.

Oleh kerana Malindo Air punya aircraft ni kecil saja, jadi menjadi kerisauan buat Mr Bergaya.. Risau tak muat seatnya.. Ada juga mata-mata kecil yang memandang dengan mata 'mengumpat' apabila kami berjalan menuju ke pesawat.. Hihii.. Ternyata memang ruang duduknya agak sempit.. 4 seat setiap row.. A, C, D dan F.. Nasib baik palang di tengah boleh diangkat.. Ms Anggun dah biasa dah jadi mangsa terhimpit tersepit ni.. Hihii.. Love you Mr Bergaya!


Kata Mr Bergaya ini kemungkinan kali terakhir naik Malindo Air.. Tetapi Ms Anggun dan Mr Bergaya sekarang ni sedang berusaha untuk menurunkan berat badan bersama Idola.. Insyaallah Malindo Air tidak akan menjadi masalah lagi selepas ini.. Doakan kami lebih sihat selepas ini..


Idola : Melangsing, Membentuk, Detoks, Mengempes

Impian : Rapat, Montok, Cantik, Anjal

Insas : Kuat, Tegang, Tahan Lama


Jana Pendapatan bersama G2 Network dan SKN2U Team

Thursday, February 5, 2015

Cosans Coffee : Believe In Great Coffee



"Leave me be, I'm drinkin' my tea"

Ms Anggun selalu tak heran bila kawan-kawan cakap coffee tu sedap.. Ms Anggun tetap dengan pilihan Ms Anggun iaitu Earl Grey.. Kesukaan Ms Anggun..


Cosans Coffee, coffee shop pertama yang Ms Anggun betul-betul order coffee.. My first coffee!! Yeay!! Caramel latte from Cosans Coffee sangat sedap! Sebelum ini Ms Anggun hanya minum teh saje if keluar mengeteh.. Nama pun mengeteh kan.. Kali ni Ms Anggun sangat terasa nak minum coffee.. Dengan lafaz bismillah laju je Ms Anggun order Caramel Latte.. Dalam hati Ms Anggun, if tak sedap pun tak mengapa, minum saja.. Tapi rupa-rupanya Ms Anggun minum sampai titisan terakhir.. 


Cosans Coffee di SS15 ni sangat selesa untuk lepak.. Ms Anggun suka dengan furniture dalam kedai.. Banyak choice.. Banyak mood.. Memang tak salah Ms Chef kenalkan tempat ni pada Ms Anggun.. Next time Ms Anggun boleh bawa Mr Bergaya pula chill or berbisnes kat sini.. Dah tau dah! Confirm tak jakun dah.. Hahaa..


My seven layer tulip.. Ms Anggun was hoping for a rosetta.. Well, tulip pun tulip lah.. Selalu tengok kawan-kawan yang suka minum coffee post gambar latte art yang cantik-cantik.. Nak jugak! Salute pada barista yang buatkan tulip buat Ms Anggun.. Kan best kalau dapat belajar latte art ni.. 

"Latte art is a method of preparing coffee created by pouring steamed milk into a shot of espresso and resulting in a pattern or design on the surface of the resulting latte."

"There are two types of latte art, one is the free pouring where patterns and designs are created during the pour, and the second is etching where they use a tool to create a pattern after the pour."

Having a latte art on Ms Anggun's favorite espresso drinks makes it more enjoying and a complete experience.. Lemak berkrim caramel latte Ms Anggun, ditambah dengan motif tulip yang cantik dalam cawan menambahkan lagi nikmat minum coffee.. Jauh panggang dari api rupanya apa yang Ms Anggun fikirkan mengenai rasa coffee.. Hihii..


Nak mengopi punya pasal Ms Anggun dan Ms Chef basah lencun kerana meredah hujan lebat.. SS15 memang susah sangat nak dapat parking.. Jadi bila jumpa parking memang kami excited sangat.. Bila dah parking barulah kami sedar yang Cosans Coffee di hujung dunia sana, dan kami jauh di hujung dunia sini.. Omagad! 1..2..3.. Pecut!!


We really need this coffee session because Ms Chef was feeling a bit down.. So it was kind of 'heart to heart' session for us.. Time heals a broken heart.. Bila "the heart wants what it wants" memang susah nak move on.. Tapi insyaallah masa menyembuhkan segalanya..


Terasa sayang nak minum coffee yang cantik ni.. Hihii.. Tapi apa kan daya.. Srupp!



And look what I've found! "BELIEVE IN GREAT COFFEE"

Now I do!

(^__^)


COSANS Coffee
No. 30, Jalan SS15/4, 
Subang Jaya,
47500 Petaling Jaya
Operating hours:
Sun-Thurs 11am - 1am
Fri, Sat & Public Holiday 11am - 2am

Sunday, February 1, 2015

Nasi Lemak Ali, Muthu, Ah Hock (AMAH)




Mr Bergaya mengidam nak makan nasi lemak!!

Tercari-cari nasi lemak yang sedap.. Terjumpa Top 7 Nasi Lemak di Lembah Kelang.. Macam nak kena try semua yang dalam list ni.. Semuanya nampak menarik..

Nasi Lemak Bumbung
Jalan 21/11b, 46300 Petaling Jaya

Ali, Muthu, Ah Hock (AMAH) 
Lot B-G-01, Ground Floor, Block B, Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1A/7, Petaling Jaya

Sajian Dang Wangi 
Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur

Nasi Lemak Jalan 222 
Foodcourt Selera Jaya, Jalan 51A/223, Petaling Jaya

Heritage Village 
LG 47, Paradigm Mall, 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya

Simply Mel's 
1-1A, 1st Floor, The Sphere, No. 1, Avenue 1, Bangsar South, Jalan Kerinchi

Village Park 
5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

Selagi tak dapat memang akan berbuih mulut Mr Bergaya minta nak makan nasi lemak.. Hahaa.. Paling dekat yang Ms Anggun dan Mr Bergaya terasa nak pergi adalah Ali, Muthu dan Ah Hock.. Nama pun menarik.. Hihii.. The restaurant is located within Oasis Square, a very nice commercial area with ample parking, good pedestrian walking space, and many restaurant choices. Dari Shah Alam Seksyen 10 ke Oasis Square, Ara Damansara memakan masa 15 hingga 20 minit jika tak jem..Senang je nak cari kopitiam ni.. Dalam ketiga-tiga nama tu Mr Bergaya paling ingat Ah Hock je..


Cute sangat signboard kopitiam ni.. Melayu, India dan Cina.. One Malaysia.. Bak kata artikel The Vocket tentang suasana Ali, Muthu dan Ah Hock ni "sebuah tempat sunyi, yang membolehkan anda menikmati nasi lemak secara tenang dan santai." Mr Bergaya yang lebih gemar untuk memilih outdoor memang berkenan sangat suasana kat sini.. Nyaman berangin dan redup.. Boleh makan dengan tenang kata Mr Bergaya..


Satu lagi yang menambat hati Mr Bergaya adalah kerusinya.. Lebar, kukuh dan boleh bersandar.. Menambahkan lagi keselesaan Mr Bergaya untuk makan di sini.. Alhamdulillah.. Sudah menjadi kebiasaan bagi Ms Anggun dan Mr Bergaya untuk survey kerusi terlebih dahulu.. Sekiranya sempit, kaki kerusi yang kurus atau mempunyai tempat letak tangan, seboleh-bolehnya Ms Anggun dan Mr Bergaya akan mengelakkan diri dari makan atau lepak di kedai tersebut.. Tidak semua kerusi di kopitiam ini yang berbentuk bangku panjang ini.. 2 meja sahaja.. Limited! Yang lainnya stools bulat dan petak yang kebiasaannya terdapat di mana-mana kopitiam lain.. Mr Bergaya akan cepat lenguh kerana tidak dapat bersandar..


Dari segi menu pula, selain menyediakan nasi lemak untuk pengunjung, Kopitiam Ali, Muthu dan Ah Hock turut menyediakan pelbagai hidangan klasik kopitiam yang sangat menarik.. Harganya pula Ms Anggun rasa berpatutan dengan rasanya yang sedap.. None of the item on the menu exceeds RM 10.


Bak kata rakan Ms Anggun, Ms Aqifays.. Nasi lemaknya cukup lengkap komponennya.. Nasi yang lemak dengan rasa santan, sambal, ikan bilis, kacang, telur rebus dan timun.. Ms Anggun sangat suka sambalnya kerana dimasak dengan sempurna..


Nasi Lemak Ayam dengan harga RM9.50 ini terbaik.. Ayam berempahnya digoreng rangup.. Additional sambal juga turut disediakan.. Sambal kerang, sambal sotong dan rendang ayam.. Oleh kerana Ms Anggun tidak makan sotong dan juga kerang, jadi Ms Anggun ingin mencuba rendang ayamnya dan ternyata tidak mengecewakan.. Kaya dengan rasa.. Berlemak dan berendang.. Hihii.. Sesiapa yang nak mencuba nasi lemak di sini perlu mencuba rendangnya sekali..


Double date and everything is double.. 2 nasi lemak ayam, 2 nasi lemak ayam rendang, 4 teh o ais, Jemput makan! Somehow Mr Bob Tony thinks that this is a nice place to have a business meeting also.. We are planning on new business with G2 Network! Behold potential business partners! We might have our meeting here for quite some times.. The boss tengah gila nasi lemak.. Hahaa..


Terbaik! Mr Bergaya cakap dia akan datang lagi, beberapa kali katanya.. Mr Bergaya memang begitu.. Jika ada makanan yang sedap, Mr Bergaya akan makan sehingga puas berulang-ulang sampailah 'nampak pun nak muntah'.. Hahaa.. Kudos to Ali, Muthu and Ah Hock because dapat pelanggan tetap untuk beberapa ketika..


First time Ms Anggun sampai ke Oasis Square.. Tenang je tempatnya dan banyak pula kedai makan di sini.. Berhadapan dengan Ali, Muthu dan Ah Hock ada Old Town White Coffee dan berhadapannya terdapat kolam yang sangat menarik hati Ms Anggun.. Rasa macam nak terjun.. Bila datang dekat, cetek je rupanya.. 


“Love is like the sea. It's a moving thing, but still and all, it takes its shape from the shore it meets, and it's different with every shore.”

~Zora Neale Hurston~


Selepas makan, rehat sebentar di tepi kolam sambil menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa.. Pelengkap dating Ms Anggun dan Mr Bergaya kali ini.. Alhamdulillah.. 

(^__^)