Monday, January 12, 2015

The Aftermath



Semoga ada cahaya kebahagiaan di sebalik musibah yang melanda..


Hari kedua tahun 2015, Ms Anggun kena balik kampung.. Mak Bonda Anggun kat rumah memerlukan perkhidmatan Ms Anggun untuk mengemas rumah.. Banjir telah membuatkan rumah Ms Anggun di kampung menjadi seperti tongkang pecah.. Tapi Ms Anggun bersyukur kerana banjir yang melanda rumah Ms Anggun tidak sedahsyat rumah-rumah lain yang tunggang terbalik, runtuh separuh, runtuh sepenuhnya dan sebagainya.. Tiada kerosakan yang teruk pada rumah Mak Bonda Anggun tetapi pada perabot dan barang-barang di dalamnya.. Alhamdulillah..


Setibanya di Kelantan kami terus ke Kopitiam Kita untuk bersarapan.. al-maklumlah flight Ms Anggun pukul 6.35 pagi sebab itu yang paling murah.. Air Asia..

Kopitiam Kita sekarang makin glamor di Kelantan.. ramai artis dan orang-orang besar makan di Kopitiam Kita.. Buktinya boleh tengok pada dinding restoren.. Gambar paling besar adalah Dato Siti Nurhaliza.. Favourite Ms Anggun adalah Roti Titab.. Kebanyakan makanan kat sini adalah makanan atau sarapan yang didatangkan dari beberapa daerah di seluruh Kelantan.. Makanan yang paling terkenal bagi setiap daerah.. Contohnya Nasi Air Dingin dari Tumpat..

Kopitiam Kita memang terbaik! If datang Kelantan jangan lupa singgah sarapan dulu..


Dari atas Ms Anggun nampak tanah di Kelantan kebanyakannya berwarna cokelat teh tarik.. Ya Allah, seram sejuk tengok bencana banjir yang melanda ini.. Kebanyakan kawasan masih lagi ditenggelami air jika dilihat dari atas.. Bila jejak ke tanah, tanahnya masih berlumpur.. Astaghfirullahalazim.. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya hati ini..

Hari pertama di Kelantan Ms Anggun hanya mampu melihat kerosakan yang berlaku akibat banjir.. Kiri kanan jalan sampah bertimbun kerana barang-barang yang rosak dimakan air.. Jalan raya berlubang-lubang kerana arus yang deras.. Sampai sahaja di rumah Ms Anggun rasa nak pengsan kerana barang-barang berterabur sana sini kerana almari dan rak kebanyakannya dah rosak.. Huhuuu..

Nampaknya hari pertama agak memeningkan kepala jadi Ms Anggun, Mak Bonda Anggun dan adik Ms Anggun ambil peluang untuk melawat saudara-mara di Tumpat..


Rumah hijau yang ditenggelami air di bendang Morak.. Katil, sofa, tilam, barangan elektrik dan banyak lagi tidak dapat diselamatkan.. No tv, no peti ais.. Barang yang selamat habis bersalut lumpur.. Pakaian habis berlumpur.. Tiada lagi warna putih.. Kesian Mama Adib terpaksa membilas basuhan yang sama sebanyak 5 kali untuk memastikan pakaian bersih dari lumpur.. 5 kali bilas? Huhuu.. Kesiannya..



Nasib baiklah ada yang membantu.. Mama Adam angkut semua angkatan untuk membersihkan rumah Mama Adib.. Si kecik Wirda tu seronoknya dapat bermain air.. Aktiviti membersih agak sukar kerana air yang disalurkan akan diberhentikan untuk beberapa ketika setiap hari.. Aktiviti pembersihan tidak dapat dilakukan dengan lancar.. Ada sesetengah kawasan yang masih belum ada bekalan air dan bekalan elektrik.. Ms Anggun dapat bayangkan kesusahan yang ditanggung mereka..

Semakin lama lumpur itu dibiarkan melekat pada perabot dan barang-barang rumah, semakin susah untuk dibersihkan.. Bertabahlah ya!


Inilah paras air di kawasan bendang Morak yang membuatkan ia kelihatan seperti lautan teh ais yang luas.. Confirm tenggelam kalau tak pakai life jacket.. Ngeri rasanya bila fikir pasal air dalam ni.. Ms Anggun tak pandai berenang! Huhuuu..


Tiada lagi sawah yang menghijau.. Menguning pun bukan.. Yang ada hanyalah menglumpur.. Hihiii.. Ada satu kejadian kelakar bila Papa Adib dan Papa Adam dalam misi menyelamatkan bingkai pintu yang dibawa arus banjir.. Terdampar dalam lumpur.. Usaha menyelamat bingkai pintu mengundang kepada usaha menyelamatkan Papa Adam yang terjerlus dalam lumpur tebal yang akhirnya terbaring dalam lumpur.. Hahaaa..


Usaha menyelamat berjaya! Semua selamat bersalut lumpur.. Hahaaa..


Bila dah habis melawat, masanya untuk Ms Anggun dan adik Ms Anggun dan adik ipar Ms Anggun berdepan dengan kebenaran yang rumah kami memang tunggang langgang.. Masa untuk mengemas.. Penyapu! Mop! Sabun! Berus! Peralatan penting untuk mencuci dan mengemas.. Bersedia berkhidmat! Tapi sesampai je rumah Ms Anggun terus tidur.. Hahaa..


Bangun tidur untuk dinner.. Susahnya mencari makanan.. Pada mulanya kami mencari tempat makan di KB Mall tetapi KB Mall menghadapi masalah bekalan elektrik dan bekalan air.. Kebanyakan tempat tidak beroperasi ditambah pula dengan keadaan mall yang tiada aircond.. Kami tidak bertahan lama berada di sana kerana kepanasan.. Akhirnya kami memilih untuk makan Nasi Arab di A.M. Tarbush Kota Bharu..

Dan sejujurnya Ms Anggun kurang berminat dengan masakan Arab ni.. Tak kena dengan selera tekak Ms Anggun.. Ms Anggun tak suka kambing sebab bau yang kurang menyenangkan.. Walaupun bukan Ms Anggun yang order.. Huhuu..


Esoknya awal-awal lagi kami keluar rumah untuk mencari tikar getah.. Time banjir besar macamni agak susah untuk mencari barang keperluan sebab kebanyakan kedai masih lagi tutup dan ada juga mengalami kerosakan akibat banjir.. Jadi tikar getah adalah salah satu barang yang dicari oleh setiap orang yang rumahnya dinaiki air.. 2 kedai terawal yang kami pergi "out of stock".. Satu corak pun tak ada.. Kedai ketiga kami kena berebut untuk dapatkan corak yang diingini dan akhirnya kami jumpa yang berkenan di hati.. Segulung untuk 4 bilik.. Alhamdulillah berjaya memasang tikar getah dalam ruang yang serba tunggang langgang..


We split into 2 teams! My sister and her husband pasang tikar getah.. Ms Anggun dan Mak Bonda Anggun keluarkan barang2 yang rosak.. Sebelum membuang almari yang rosak kenalah make sure isi perutnya dikenalpasti samada penting atau tidak.. Almari lama of course isi dalamnya juga lama.. Habis sejarah lama terbongkar.. Hahaaa.. 

Terjumpa library card arwah Abah.. Bila tengok ni Mak Bonda Anggun cakap ni la rupa yang dia tergila-gila sangat.. Adik Ms Anggun buat muka pelik.. Ini yang digilai? Hahahaa.. Masa arwah Abah ada lagi kami pernah tanya Mak Bonda Anggun depan Abah.. Nape Mak Bonda Anggun pilih Abah? Lepas tu kami tergelak ramai-ramai.. Tak bersyukur betul.. Hihii.. Ni namanya Cinto itu Buto.. Jangan pandang rupa.. Si hitam manis ini la penyeri hidup kami.. Penglipur lara hati kami.. Cikgu disiplin bengis kami.. Broery Marantika kami.. Kesengalan Abah buat kami tak kering gusi.. Walau Abah dah tiada kami masih tergelak bila mengingatkan kenangan bersama Abah.. Kesengalan sikit2 diwarisi ke kami adik-beradik.. Hihii.. Terima kasih Abah kerana didik kami sesempurna mungkin.. yang buruk itu kerana kami sendiri yang tidak tahan dugaan.. Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kami insan bernama Mohd Nawi Bin Che Cob ini.. Jadi Kau ringankanlah dosa-dosanya dan Kau tempatkanlah dia di kalangan orang-orang beriman dan di bawah lindungan Mu Ya Allah.. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin..


T-shirt T-shirt lama.. Pakai beberapa kali je lepas tu simpan.. Sekarang dah boleh bagi pada yang memerlukan..


Nasib baiklah ada Hilux bapa saudara yang boleh kami minta punggahkan barang-barang yang hendak dibuang.. 5 trips!! So selamat tinggal barang-barang kami..


Selepas siap pasang tikar getah, my sister dan husbandnya terpaksa kembali bertugas.. Jadi tinggallah Ms Anggun dan Mak Bonda Anggun untuk mengemas barang-barang yang bergelimpangan.. Segan Ms Anggun nak tunjukkan.. Tapi inilah keadaan dapur yang Ms Anggun give up untuk kemas sebab terlalu banyak pinggan mangkuk tupperware yang tiada tempat untuk disimpan.. Jadi Ms Anggun terpaksa teruskan dengan ruang yang lain.. 

Dalam kesibukan kami mengemas, beberapa kali pintu rumah diketuk dan Alhamdulillah ada yang sudi menghulurkan bantuan.. Beras, minyak masak, sardin, gula, biskut kering, ikan masing.. Alhamdulillah..


Ruang pertama yang berjaya Ms Anggun kemaskan dengan jayanya.. Keadaan sebelumnya sangatlah tunggang langgang.. tiada ruang untuk berjalan.. Dapatlah Mak Bonda Anggun berehat dengan tenang di biliknya ini.. 


Selepas itu mood Ms Anggun memang mood mengemas.. Ruang tamu, bilik tidur, ruang rehat.. Akhirnya berjaya dikemas dan tiada lagi barang-barang yang bersepah dilantai.. Segala sisa-sisa lumpur juga berjaya dibersihkan.. Alhamdulillah.. Walaupun almari dan katil sudah tiada, Ms Anggun terpaksalah gunakan apa yang ada.. Tilam tanpa katil.. Pakaian tanpa almari.. Kena creativekan diri..

Walaupun tidak sempurna tapi usaha cuci mencuci kali ni berjaya.. Alhamdulillah..


Di airport terserempak pula dengan rakan sekolah rendah Ms Anggun.. Rumahnya yang baru dibeli turut dinaiki air.. Nasib baik katanya dia belum memasukkan perabot yang lengkap.. Alhamdulillah..

Masa untuk kembali kepada Mr Bergaya yang kerinduan.. Hihihii..


Kami kumpul duit simpanan dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at BERNIAGA CARA SKN

No comments:

Post a Comment