Friday, January 2, 2015

Banjir Paling Dahsyat Mengakhiri 2014



Siapa yang tak suka main air? Dalam sepuluh orang mungkin seorang je yang angkat tangan.. Hihiii.. Rugi kalau tak suka main air.. Tapi dalam keseronokan main air kena juga beringat.. Kalau main air kolam dan tak pandai berenang kena elakkan pergi ke tempat yang dalam..

Banjir? Boleh nak main air banjir.. Paras lutut boleh nak main, tapi bila dah paras pinggang kena elakkan.. Kerana air yang tenang itu jangan sangka tiada arus di bawahnya.. Kalau nak bagi anak-anak kecil main air kena sentiasa pastikan mereka ni di bawah pengawasan..


25 December 2014, ramai yang tidak menyangka bahawa air yang semakin menutupi jalanraya itu bakal mengundang nestapa.. Setiap kali musim tengkujuh melanda Kelantan, penduduk di kawasan Tanjung Kuala, Tumpat tidak pernah mengalami banjir yang teruk.. Air pasang dari sungai bersebelahan akan memunculkan diri hanya pada aras lutut dan tidak menimbulkan kesusahan dan kesulitan kepada penduduknya.. Dan kali ini, mereka masih bergembira bermain air kerana menyangkakan ianya air pasang biasa..

Cousin Ms Anggun si Adam dan si Wirda ni memang seronok betul dapat bermain air banjir.. Ms Anggun memang suka main air banjir masa kecil-kecil dulu.. Excited lebih! Bila tertelan air banjir yang macam teh tarik tu mula la melalak.. Air pasang pada waktu pagi ini belum lagi menimbulkan rasa cemas.. 


Selepas puas bermain di hadapan rumah mereka.. Mama dan Abahnya membawa mereka bermain di rumah Nenda Mak Wan yang turut dinaiki air.. Seronok betul diorang..


Kemudian Mama Adam memuat naik gambar tar jalanraya yang terangkat akibat arus yang kuat.. Selalunya orang cakap sekali air bah sekali pantai berubah.. Kat Kelantan kali ni 'sekali air bah sekali jalanraya berubah'.. Situasi ni dah mula menimbulkan sedikit rasa cemas..


Pada petangnya air pasang semakin tinggi dan masanya untuk memindahkan nenek dan ibu saudara.. Oleh kerana ada anak kecil.. terpaksalah mencari alternatif untuk keluarkan mereka.. Apa-apa bekas yang boleh menampung mereka dijadikan sebagai sampan..

Sebenarnya ramai saudara-mara Ms Anggun yang tinggal di Tanjung Kuala.. Ms Anggun sempat mengikuti perkembangan beberapa keluarga melalui Facebook dan Whatsapp..


Ni pula situasi ibu saudara Mama Amir.. Pada malamnya mereka menyangkakan air pasang besar.. Namun keesokan paginya air sudah memasuki rumah.. Mama Amir cuba mengemaskan apa yang patut namun air naik dengan cepat.. Pada petangnya air sudah paras dada.. Mama Amir yang pada mulanya tidak mahu keluar dari rumah akhirnya terpaksa akur demi keselamatan..


Sayu hati melihat Mama Amir terpaksa menaiki sampan untuk keluar dari kawasan rumahnya..


Kalau nak tahu di kawasan rumah Mama Amir ni lah Ms Anggun pernah tinggal semasa Ms Anggun kecil.. My old neighbourhood la katakan.. Dan di sinilah juga Ms Anggun tertelan air banjir yang macam teh ais ni.. Hahaaa..


Ni pula situasi di rumah Ms Anggun pada waktu petang.. air sudah mula naik.. Tapi Mak Bonda Anggun over yakin yang rumah takkan naik air.. Ms Anggun suruh kemas apa yang perlu pun dia cakap takpe.. Dah kemas dah sikit-sikit katanya.. Malamnya air dah cecah anak tangga kedua.. Bangun tidur pada pagi esoknya air sudah masuk dalam rumah.. Mak Bonda Anggun dan adinda Ms Anggun, Mr Cat hanya mampu menaikkan beberapa barang penting ke tempat tinggi dan meninggalkan rumah dengan kelam kabut kerana air semakin naik dan khuatir mereka berdua tidak mampu keluar dari kawasan Taman Sri Palas.. Mak Bonda Anggun dan Mr Cat adalah orang terakhir yang evacuate rumah.. rupanya jiran-jiran lain masing-masing sudah berkumpul di pusat pemindahan banjir..


Nasib baik kereta arwah Abah, van arwah Abah dan kereta Mr Cat sudah dikeluarkan awal-awal lagi dan ditempatkan di rumah ibu saudara di Chabang Empat.. Pagi itu Mak Bonda Anggun dan Mr Cat keluar dari kawasan banjir dengan menaiki motor Mr Cat yang ekzos tinggi itu.. Currlass Mak Bonda Anggun bonceng motor.. Hahaaa..

Mak Bonda Anggun dan Mr Cat pada mulanya tidak dapat mendaftarkan nama di penempatan mangsa banjir kerana dikatakan kuota sudah cukup.. Apa??!! Kuota sudah cukup?! Kuota apa?!! Rumah dah masuk air nak suruh tidur dekat mana?!! Tak logik betul.. Menyirap darah Ms Anggun bila Mak Bonda Anggun cerita kisah pagi itu.. Nasib baiklah ada ibu saudara yang rumahnya belum dinaiki air sudi menumpangkan Mak Bonda Anggun dan Mr Cat..


Air naik sampaikan angsa kami dapat berenang dengan seronoknya.. Tak bising pun.. Hahaa..

Situasi rumah ibu saudara di bendang Morak pula.. Setiap tahun pada musim tengkujuh ibu saudara Mama Adib tak pernah risau pasal banjir kerana kawasan rumahnya belum pernah dilanda banjir.. Lain pula tahun ini.. Dalam masa 3 jam air sudah sampai ke tangga..


Paginya.. Air sudah hampir memasuki rumah dan Mama Adib sekeluarga terpaksa berpindah keluar ke pusat pemindahan mangsa banjir.. Kawasan yang jauh dari sungai dan tidak pernah dinaiki air kini telah dinaiki air.. Pada hari keempat, kawasan sekeliling rumah Mama Adib yang sebelum ini adalah sawah bendang kini menjadi lautan yang luas.. Lautan teh tarik dan teh ais..


Kisah dalam kawasan bandar Kota Bharu yang belum pernah dinaiki air kini dinaiki air kerana air Sungai Kelantan telah melepasi benteng.. Selain kena jaga rumah, adik Ms Anggun, Mr Cat kena jaga hotel tempat dia bekerja.. Inilah keadaannya.. Hotel dalam air..


Bila banjir dah surut sikit.. Nampaklah segala kucar-kacir yang dibawa bersamanya.. Subhanallah.. Ms Anggun merasa sangat sedih kerana rumah-rumah yang terlibat samada rosak atau musnah adalah jiran-jiran dan saudara-mara yang Ms Anggun kenali..

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.. Semoga mereka semua tabah..

Tanjung Kuala adalah tempat Ms Anggun membesar jadi sedikit sebanyak Ms Anggun turut merasa kepedihan.. Kawan-kawan sekolah rendah Ms Anggun juga kebanyakannya membesar di sini..


Bantuan sukar sampai ke kawasan kampung kerana jalanraya terputus akibat arus air yang kuat..
(-__-)

Banjir berlalu maka bermulalah aktiviti mengemas rumah dari lumpur yang singgah..


Rumah Mak Bonda Anggun antara rumah terawal yang airnya surut maka gotong-royong oleh pakcik dan makcik dimulakan dengan rumah Mak Bonda Anggun.. Alhamdulillah syukur kerana mereka sudi membantu.. Nasib baik lumpur yang tertinggal tidaklah tebal dan aktiviti membersih berjalan dengan lancar.. 

Walaupun terpancar senyuman di muka Mama Adam dan Mama Adib, dalam hati siapa yang tahu keperitan yang ditahan.. Semoga mereka dan keluarga tabah menghadapinya.. Barang dalam rumah yang tidak lagi dapat digunakan dan bahagian rumah yang runtuh, itulah kesakitan yang mereka hadapi.. Mak Bonda Anggun yang kehilangan kebanyakan perabut kayu mampu bersyukur kerana Mama Adib dan Mama Adam lagi besar dugaan yang hadir buat mereka..


Pembersihan di rumah Mama Amir juga berjalan lancar.. Barangan yang rosak dimakan air itu bukan rezeki namanya.. Insyaallah ada rezeki yang lebih baik bakal tiba.. Allah itu Maha Mengasihani..

Jadi.. Penghujung tahun 2014 tidak membawa khabar gembira.. 

Ya Allah Ya Tuhanku.. dugaan apakah yang Kau berikan kepada kami.. Kami tetap akur dengan ketentuanMu.. Mungkin Kau menguji kami supaya tidak lalai dan supaya selalu mengingatiMu.. Terkadang kami alpa bahawa semua yang kami miliki adalah milikMu.. Lalu kami lupa menadah tangan mensyukuri nikmatMu.. Ampunilah kami Ya Allah.. Semoga ada kegembiraan di sebalik kesedihan ini.. Semoga ada kebahagiaan di sebalik segala musibah yang melanda..

Amin..


Kami kumpul duit simpanan dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at BERNIAGA CARA SKN

No comments:

Post a Comment