Saturday, January 3, 2015

Happy New Year 2015



2014 membawa pelbagai kisah suka dan duka dalam hidup Ms Anggun.. Ms Anggun dah tak perlu renew azam or cita-cita Ms Anggun dari tahun sebelumnya iaitu mencari teman hidup kerana Ms Anggun dah jumpa.. Yeay!! Siapa lagi kalau bukan Mr Bergaya.. Alhamdulillah hidup sebagai suami isteri sangat membahagiakan hati..

2014 juga telah melukakan hati Ms Anggun kerana Ms Anggun kehilangan seorang insan yang Ms Anggun sayangi iaitu Abah Ms Anggun.. Kesedihan yang tak tertanggung kerana tidak menyangka Abah akan meninggalkan kami sekeluarga begitu cepat.. 55 tahun.. Namun Ms Anggun sekeluarga redha dengan pemergian Abah tercinta kerana semua ini adalah ketentuanNya Yang Maha Esa.. Ms Anggun agak terkilan kerana tidak mampu membuat Mr Bergaya mengenali hebatnya insan bernama Mohd Nawi bin Che Cob ini.. Seorang suami yang terhebat kepada seorang isteri.. Seorang abah yang terhebat kepada seorang anak.. Damailah Abah di sana.. Amin..

Penghujung tahun 2014 juga sangat mencemaskan apabila bencana banjir menimpa keluarga Ms Anggun di Kelantan.. Sangat mencemaskan kerana Ms Anggun tidak berada bersama Mak Bonda Anggun dan keluarga tercinta untuk mengharungi kepayahan semasa banjir.. Ms Anggun hanya mampu mendengar khabar berita dari jauh.. Namun Alhamdulillah segalanya telah berakhir dan semuanya selamat.. Hati Ms Anggun tidak mampu lagi menanggung derita kehilangan orang yang tersayang dalam hidup Ms Anggun..

Suka dan duka adalah lumrah kehidupan.. Sudah jatuh ditimpa tangga itu wujud.. Namun sejauh mana kita jatuh yang penting bagaimana kita berusaha untuk bangun dan meneruskan kehidupan..

Semoga 2015 memberikan lebih ketenangan kepada Ms Anggun, Mr Bergaya dan Keluarga.. Semoga dipanjangkan umur kami, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan bertambahlah ahli keluarga kami dengan menantu baru dan cucu-cucu buat Mak Bonda Anggun.. Amin..

SELAMAT TAHUN BARU!

Ada satu ucapan tahun baru yang kelakar dan dalam masa yang sama menyentuh hati Ms Anggun dari seorang fotografer yang Ms Anggun follow iaitu Ayie Nazri


Malam tahun baru disambut dengan lumpur-lumpur banjir.. Bersimpati kerana lumpur itu nampak sangat tebal.. Habis tenaga nak clearkan..

To my dearest Mr Bergaya, Ms Anggun sempat juga la belikan hadiah tahun baru buat Mr Bergaya.. Semoga Mr Bergaya dapat plan banyak meeting and tabletalk with prospects this year dan semoga semuanya lebih terurus.. 


Bukan si dia yang berbelang rimau tetapi si dia yang berbelang biru.. Kacau la Mr Adolf Malhotra Hitler ni..

HAPPY NEW YEAR!


Kami kumpul duit simpanan dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at BERNIAGA CARA SKN

1 comment:

  1. Harrah's Hotel and Casino - MapYRO
    Harrah's Casino 밀양 출장마사지 Reno. 5-star. Las Vegas 경주 출장마사지 Strip. Near Harrah's 논산 출장샵 Las 태백 출장샵 Vegas Casino and Hotel. 1 casino hotel with spa, a restaurant, and a casino. 0. 삼척 출장샵

    ReplyDelete