Friday, September 12, 2014

New Mode : Vape on!



Kerana 'Papa to be'.. Kerana rokok naik harga..
Mr bergaya berazam nak kurangkan hisap rokok.. Alhamdulillah.. Ms Anggun memang tak suka bau asap rokok ni.. Tak selesa.. Sebelum dapat berita gembira nak jadi papa, Mr Bergaya terbuka hati nak guna vapor.. Sebelum ni memang dia ada niat nak bervapor tapi takde tindakan susulan.. Kali ni tetiba je ajak pergi kedai kawan Mr Bergaya nak beli Vapor.. Beli start bervapor baru dapat berita Ms Anggun preggy.. Alhamdulillah.. Hikmah dariNya..


Mr Bergaya's friend has a vapor store in Seksyen 7 Shah Alam called Cirgaro VE.. I like the store sebab sangat selesa.. Wangi je.. Beraircond dan bersofa dan berAstro.. hihii.. So kalau Ms Anggun kena tunggu Mr Bergaya pilih barang berlama-lamaan pun takpe..

Satu perkara jer yang merisaukan Ms Anggun bila Mr Bergaya mula bervapor.. Banyak juga Mr Bergaya berhabis duit.. Investment katanya.. Awal-awal memang banyak habis tapi lepas tu sikit-sikit jer.. Hmm.. Wait and see je lah.. Antara Ms Anggun and Mr Bergaya, Mr Bergaya lagi boros.. Hihii.. Masa bujang Ms Anggun adalah orang yang paling boros, pantang nampak nak beli.. Bila dah kahwin jumpa lawan boros iaitu sangat boros.. Hahaa.. Jadi salah seorang kena jadi tak boros which is Ms Anggun..


Mr Bergaya cakap, bila dia bervapor baru dia sedar yang dia suka main asap rupanya.. Patutla rokok boleh habis nak dekat 3 kotak sehari.. Ms Anggun memang risau bab-bab Mr Bergaya merokok ni.. Sebab macam obses sangat dengan rokok.. Bukan setakat risau bagi pihak Mr Bergaya tapi secara tak langsung Ms Anggun pun dapat kesan yang tak baik jugak bila hari-hari duk hidu asap rokok Mr Bergaya tu..


So I guess tak perlu lagi Ms Anggun nak lemas dalam asap rokok yang berkepul-kepul.. Alhamdulillah.. Thank you Mr Bergaya a.k.a Papa to be..

Ms Anggun sedang mencari keburukan asap vapor kepada kandungan.. Buat masa sekarang, Ms Anggun tak nak direct contact sangat dengan asap vapor Mr Bergaya.. Seboleh-bolehnya Ms Anggun cuba elakkan.. Walaupun orang cakap asap vapor hanyalah wap but still there's nicotine and other chemical in it.. Asap Vapor dan Asap Rokok please stay away from us.. Thank you!


Kami kumpul duit nak kahwin dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at 'TERPAKSA KAYA' TANPA SEDAR

No comments:

Post a Comment