Wednesday, October 15, 2014

No Baby Bump in The Near Future



Sekejap ada sekejap takde Ms Anggun ni.. Seperti tajuk di atas, Ms Anggun had a miscarriage.. So Ms Anggun agak sedih dan tak ada semangat nak berblog beberapa minggu ni.. Tapi sekarang Ms Anggun dah OK! Don't worry.. (^__^)

Dalam tak sabar nak menunggu next appointment, nak tengok umur kandungan, Ms Anggun didatangi 'Cik Bleeding'.. Mula-mula 'spotting' or light bleeding.. Ms Anggun jumpa Mr Google dan katanya itu perkara biasa di awal kehamilan.. So Ms Anggun buat OK je la.. Tapi ada rasa tak sedap hati so Ms Anggun tanya adik Ms Anggun yang doktor tu.. Adik Ms Anggun cakap if bleeding sedikit tak ada masalah dan biasa terjadi pada awal kehamilan.. Pregnancy threat.. Tapi kena monitor, kena pakai pad and if pad penuh, kena jumpa doktor.. Adik Ms Anggun juga bagitau if bleeding tak sakit itu takde masalah.. Jangan bleeding dan sakit.. Kemungkinan akan gugur..

Adik Ms Aggun nasihatkan Ms Anggun berehat dan jangan buat kerja berat dan jangan stress.. Tapi Ms Anggun ni bajet kuat.. Banyak berjalan, angkat kotak, bawak kereta dan dalam erti kata lain memang tak duk diam langsung.. 

After 4 hari light bleeding, Ms Anggun didatangi 'Cik Senggugut'.. Aduhai.. Ms Anggun rasa tak sedap hati.. Sebab sakit perut ni agak teruk sampai cramp perut.. Ms Anggun ada terbaca yang if sakit perut sampai cramp ada kemungkinan mengalami keguguran.. Sakitnya macam senggugut tapi up sikit dua level.. If senggugut 10/10, sakit yang ni 12/10..

17 September 2014, Ms Anggun ajak Mr Bergaya berjumpa Doktor Aida di Klinik Ajwa.. Doktor pun terkejut Ms Anggun datang awal seminggu dari tarikh appointment.. Doktor terus buat scan dan still tak dapat detect apa-apa.. Doktor suruh rujuk pakar dekat hospital sebab dia takut Ectopic Pregnancy..

Terus jer Ms Anggun dan Mr Bergaya bergegas ke Hospital Klang bahagian Obstetrik dan Ginekologi.. Nasib baik giliran tak lama.. Pakar buat ultrasound dan detect yang Ms Anggun kemungkinan keguguran.. Luluh jantung Ms Anggun bila dengar Pakar cakap 50/50.. dan doktor nasihatkan supaya banyakkan berehat..


Ultrasound kali ni berjaya menampakkan Little Dot.. Gembira bercampur sedih kerana perkenalan Ms Anggun dan Mr Bergaya dengan Little Dot hanyalah sekejap sahaja..

Ms Anggun dan Mr Bergaya pulang ke rumah dengan satu perasaan yang sedih.. Kat rumah, sakit seperti senggugut tu menjadi-jadi.. If senggugut bukan setiap masa dia memulas-mulas.. Kali ni Ms Anggun memang tak boleh duk diam.. Tidur mengiring ke kanan, ke kiri, telentang, meniarap, perut sentiasa terasa dicucuk-cucuk.. Memang Ms Anggun tak dapat tidur.. 

Pada pukul 5 pagi 18 September 2014, semasa Ms Anggun buang air, keluarlah seketul gumpalan yang seakan-akan perut ikan.. Doktor pesan if ada apa-apa yang keluar selain darah, sila bawa jumpa doktor.. Adik Ms Anggun ada bagitau Ms Anggun if keluar gumpalan yang berupa perut ikan tu, itulah kantungnya.. Dalam hati Ms Anggun confirmlah miscarriage ni..

Menangis..
Menangis..
Menangis..

Ms Anggun maklumkan pada Mr Bergaya.. nasib baik Mr Bergaya tabah orang nya.. Mr Bergaya pujuk Ms Anggun.. Katanya kami discover pregnancy ni terlalu awal.. So banyak kemungkinan boleh berlaku.. Mr Bergaya memujuk lagi, katanya masih awal.. umur perkahwinan baru masuk 3 bulan.. Masih ada banyak masa.. Katanya lagi, nasib baik tragedi ni berlaku pada awal kehamilan, if dah berbulan-bulan mesti lagi sedih.. So don't worry dan don't be sad katanya.. Sepanjang pagi Ms Anggun kena peluk dengan Mr Bergaya.. Oopss.. Hihiii..

Ms Anggun pergi semula ke Hospital Klang tapi kali ni ke unit bersalin.. Nak confirmkan miscarriage dan nak cuci.. Lagi sekali buat ultrasound dan kali ni doktor ada masukkan Speculum untuk inspection.. Bila ingat balik, ngilunya.. Huhuhuu..

Yup.. confirm miscarriage! Owh lupa nak bagitau, after keluar kantung tu, perut Ms Anggun dah tak sakit.. Dan disebabkan kandungan masih awal, Ms Anggun tak perlu "cuci".. Kata doktor dah keluar semua.. Alhamdulillah.. Risau jugak Ms Anggun sebab if tak keluar semua, nanti kuman merebak..


So this is my miscarriage story.. (-_-)

Walaupun Allah takdirkan Ms Anggun tak dapat bertemu dengan Little Dot ni, namun Ms Anggun tetap bersyukur kerana Allah memberi peluang untuk Ms Anggun hamil dan paling bersyukur untuk discover yang rahim Ms Anggun tidak sebarang masalah seperti cyst dan fibroid.. Alhamdulillah.. Setiap dugaan yang diberi olehNya Ms Anggun tetap bersyukur dan berterima kasih kepadaNya kerana Ms Anggun yakin Allah akan berikan yang lebih baik kepada Ms Anggun.. Setiap dugaan dibalas dengan rasa syukur..

Kawan Ms Anggun ada beritahu Ms Anggun if masa pregnant Ms Anggun tak ada morning sickness berkemungkinan baby tidak sihat.. Jadi Ms Anggun bersyukur Allah mengambilnya lebih awal.. 

Walaupun usia 4 minggu masih belum ditiupkan roh kepadanya tapi Ms Anggun rindu dengan perasaan yang Ms Anggun bakal melahirkannya..

Pengalaman pertama ini mengajar segalanya.. Next time kena banyakkan berehat, jangan angkat benda berat, jangan banyak berjalan, jangan berkaraoke bagai nak rak dan jangan stress.. 

Bonda Ms Anggun pesan supaya berpantang sebaik-baiknya macam orang bersalin.. Tak boleh makan makanan berangin, makanan berminyak, makanan berkuah.. Sebaik-baiknya ikan bakar, nasi putih dan lada hitam.. Jauhnya Bonda Ms Anggun di Kelantan.. If dekat mesti Bonda Ms Anggun sediakan semuanya.. Huhuu.. Kena lah berdikari..

Ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa Ms Anggun.. Masing-masing mengatakan yang ada hikmah di sebalik setiap ketentuanNya.. Doa yang mereka utuskan banyak menenangkan hati Ms Anggun.. Don't worry! Ms Anggun ni tabah juga orangnya walaupun airmata selalu mengalir di pipi.. Al-maklumla Bonda Ms Anggun cakap Ms Anggun ni sensitif dan memang kuat menangis.. Gembira menangis, sedih lagi la menangis bagai nak rak..

Ms Anggun is so thankful for every move Allah makes dalam hidup Ms Anggun. Ms Anggun sangat bersyukur that Allah showed Ms Anggun just how amazing this husband He gave Ms Anggun and just how amazing and strong the Marriage Allah blessed us with. Ms Anggun love this life of ours dan Ms Anggun tak cakap yang ianya perfect, but for the lack of a better words it’s perfectly ours. Now Ms Aggun has this ability to wake up with a smile on Ms Anggun's face everyday and be so excited about life because Ms Anggun have this faith in Allah that can’t be broken.

Ms Anggun and Mr Bergaya are ENJOYING THE NOW! Enjoying the beautiful moment that Ms Anggun and Mr Bergaya are in. Not focusing on the loss, the heartache, marriage problems, money issues, job difficulties, or whatever we are going through because all these things will pass and Ms Anggun and Mr Bergaya are so much happier because we chose to be happy through hard times while trusting that Allah’s plan is better than anything that Ms Anggun and Mr Bergaya could imagine. 

Happiness is a choice. Be thankful for every moment in your life because Allah is shaping you for something great and those things are making you a better person. Choose to let those situations make you a better person. Let it make you softer, kinder and love more deeply. Smile today and know that you are going to be OK. It will all be OK. 

What now? Back to TTC again --> Trying to Conceive.. Hihihii.. Wish us Luck! Insyaallah..


Kami kumpul duit nak kahwin dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at BERNIAGA CARA SKN

No comments:

Post a Comment