Monday, October 20, 2014

Beratnya Tugas Seorang Suami



Mr Bergaya ni jenis susah nak luahkan perasaan.. If marah simpan.. If sedih simpan.. If tak puas hati simpan.. If kecewa simpan.. If gembira je nak tunjuk.. Dan lagi satu, if Ms Anggun merajuk memang tak reti nak pujuk.. Hahahaa.. Apa yang Mr Bergaya akan buat if nak luahkan perasaan? Tekap muka kat bantal dan jerit kuat2!! Hihihii..

Walaupun simpan tapi kat muka memang tak boleh simpan.. Jelas kelihatan..


Rasanya bila dah bergelar suami ni tanggungjawab Mr Bergaya semakin bertambah.. 

Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” 
(Surah an-Nisa, ayat 34)

Lelaki ialah ketua keluarga sesuai dengan fitrah kejadiannya yang lebih gagah dan beberapa kelebihan lain berbanding wanita. Islam mensyaratkan lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap wanita. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka.

Beratnya tanggungjawab Mr Bergaya.. Insyaallah Ms Anggun akan bantu Mr Bergaya menjayakan rumahtangga kami 'till Jannah..

Ms Anggun tahu yang Mr Bergaya sekarang sedang fokus dengan Bisnes Epal Hijau.. Banyak yang perlu dibuat dan difikirkan oleh Mr Bergaya sehinggakan Mr Bergaya kurang rehat dan kelihatan agak stress.. Ms Anggun tahu jika Mr Bergaya sedang fokus Mr Bergaya tidak mahu diganggu.. Tapi risau juga Ms Anggun adakah dengan berdiam diri itu membantu Mr Bergaya.. Ms Anggun ni lurus bendul.. If orang cakap jangan ganggu memang Ms Anggun duduk diam macam tunggul jer.. Hahahaa.. 

Or maybe Ms Anggun patut bagi kata-kata semangat pada Mr Bergaya..

1. Thank you for working so hard.
2. I love the way you took care of that.
3. You are such a great husband.
4. I really appreciate your faithfulness to our marriage.
5. Thanks for loving me so much.
6. You look hot. 
7. You did an incredible job!
8. I can’t wait to be home together.
9. Can we have a date night?
10. You handled that situation like a pro.
11. I’m praying for you especially today.
12. You did the right thing.
13. I love what you did with that.
14. Thanks for helping me; I needed it.
15. It’s ok- doesn’t matter in the grand scheme of things.
16. That’s a great idea!
17. You can do it; that’s a perfect position for you.
18. Thanks for making me laugh - I love that about you.
19. I love you.

Selalunya yang Ms Anggun selalu cakap adalah No 6 dan No 19.. Hihiii..

Harapnya Ms Anggun dan Mr Bergaya mampu melayari bahtera kami yang kecik comel dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.. Semoga Ms Anggun dan Mr Bergaya berdua dijauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan bahtera kami seperti artikel yang Ms Anggun baca ni..

PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN PERNIKAHAN

Suami
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan Isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan Isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi.
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

Isteri
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun.
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan Suami.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah. Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai, meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.


Ms Anggun harap Mr Bergaya tenang dalam segala hal.. Cheer up Babyku! :p
I'm here if you need me Babyku!

Ms Anggun ada baca satu artikel dari blog Nur Islam .. Yang ni Ms Anggun harap Mr Bergaya dapat buat untuk Ms Anggun.. Hihiii.. Yang No 5 tu macam susah sikit Mr Bergaya nak ingat.. Hahaa..

HARGAI ISTERI

1. Isteri adalah manusia 
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking' . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri 
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana jua anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia. 

5. Ingat tarikh penting 
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung sempena meraikan hari lahir . Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.

7. Bantu ringankan tugas isteri 
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah 
Kebanyakan suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini. 

9. Bawa isteri berehat 
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ. 

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.


Dear Mr Bergaya.. Our journey isn't perfect but it's ours and I'll stick with you till the end.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.


Kami kumpul duit nak kahwin dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at BERNIAGA CARA SKN

No comments:

Post a Comment