Saturday, October 25, 2014

Ambition Needs Action



Last Sunday Ms Anggun and Ms Chef menyelinap masuk dapur tempat Ms Chef kerja.. Seronok yang amat.. Selalu pergi tempat makan mahal-mahal dapat duduk kat depan jer.. Tak dapat tengok pun macamana chef kat belakang masak.. Kali ni Ms Anggun dapat tengok live! Yeay..

Sebenarnya Ms Chef nak masuk Battle of The Chefs kat Penang on Thursday 23rd October 2014.. So Ms Chef need to do some early preparations for her menu.. Ms Anggun sangat envy Ms Chef because she is doing what she love! Ms Chef can cook really good food while Ms Anggun is still struggling to prepare breakfast for Mr Bergaya.. Hihiii.. 

Ms Anggun likes to cook but Ms Anggun tak ada semangat untuk masak, masak dan masak lagi.. Semangat Ms Anggun hanya setakat masak sahaja.. Hahaa.. Arghh.. Ms Anggun stress dengan apa yang Ms Anggun nak dalam hidup ni.. Nak buat sesuatu tapi tak ada keberanian untuk teruskan dengan apa yang Ms Anggun nak..

Macam-macam yang Ms Anggun dah cuba tapi semuanya tak berjaya.. Ms Anggun pernah buat online business jual baju kat Gerobok Ungu Collection tapi hangat-hangat tahi ayam.. Orang jual produk kurus Ms Anggun pun nak jual jugak.. Baru 1/2 perjalanan dah surrender.. Sekarang ni Ms Anggun diberi mandat untuk takeover online business Mr Bergaya jual produk kesihatan Hamil Bersama Lumiglow.. Sempena Ms Anggun dalam usaha nak TTC, tak salah Ms Anggun berkongsi usaha Ms Anggun dengan Lumiglow.. Insyaallah..

Dan sekarang ni juga Ms Anggun fokus pada bisnes Epal Hijau bersama-sama Mr Bergaya.. Walaupun keuntungan yang lumayan terutamanya pada pihak Mr Bergaya namun hati Ms Anggun masih tercari-cari apa yang Ms Anggun nak lakukan.. Harapnya Ms Anggun tak ambil masa yang lama untuk figure out apa yang Ms Anggun nak dalam hidup ni sebab bak kata orang 'life is short'.. Takut nanti by the time Ms Anggun jumpa apa yang Ms Anggun nak buat, Ms Anggun dah tak ada tenaga untuk lakukannya sebab dah kerepot.. (-_-)

Berbalik pada kisah Ms Chef nak masuk Battle of The Chefs.. Ms Chef said that she's going to challenge herself by entering the one thing in cooking that she does not prefer to do which is making 'desserts'.. Wow! Ada pulak benda untuk cabar diri sendiri.. Ms Chef is really in different level of the 'wants and needs' of life.. Hahaa.. Ms Anggun perlu lakukan sesuatu.. 

Masa kat kitchen, Ms Anggun jadi helper jer.. Tapi helper pun tak jugak.. Lebih kepada observer jer.. Hahaa.. Ms Anggun tak tangkas bab-bab dapur ni.. So serahkan pada yang pakar jer..


Mula-mula Ms Chef buat Meringue.. Amboi dah tau sikit-sikit terms-terms dessert ni.. Kalau makan pavlova yang jadi base tu itulah Meringue.. Main ingredients egg white and sugar.. Owh Ms Anggun sangat suka stand mixer kat dapur tu.. Kalaulah Ms Anggun ada, memang seronok buat kek! Nanti nak try minta kat Mr Bergayalah.. Hahaaa..


Ms Chef nak gunakan Meringue ni untuk decorations nanti.. But seriously sedap Meringue ni.. Cair dalam mulut.. Nak dekat sepuluh biji jugak cair dalam mulut Ms Anggun.. Hahaa.. Tak boleh makan banyak sangat.. Manis! Tapi memang menarik minat untuk makan banyak-banyak.. Rupa dia dah la ala-ala kuih bangkit, kecik comel, bau vanila yang wangi menusuk kalbu.. Camana tangan Ms Anggun tak menjalar.. Hihii..


Kemudian Ms Chef buat Marmalade aka Jem Oren.. Hebatnya! Jem pun buat sendiri.. Dan seperti biasa, simple ingredients orange, lemon and sugar.. Sambil buat jem, sambil cairkan coklat, sambil make sure Meringue tak hangus, sambil buat Pecan Praline.. Semuanya sambil-sambil jer.. Kalau Ms Anggun, confirm kelam kabut..


Lepas siap apa yang perlu untuk battle tu, Ms Chef treat Ms Anggun with dinner.. Carbonara untuk peneman Ms Chef.. Yeay!! Mr Bergaya pernah minta nak makan spaghetti carbonara tapi Ms Anggun tak berapa pandai so Ms Anggun minta masa untuk belajar masak dulu dari yang pakar.. Hmmm.. Senang je rupanye..


Ms Anggun suka sangat dapat makan kat tempat cantik.. Bertambah-tambah selera..


Thank you Ms Chef and Lids & Finch Cafe..

Cita-cita nak ada bisnes sendiri.. A cafe or maybe a boutique.. Tak salah untuk ada cita-cita.. Tapi cita-cita perlu disusuli dengan usaha.. Setakat ni Ms Anggun ada cita-cita je.. Berangan namanya.. Hahaa..

"Ambition is the first step to success. The second step is action."

Dalam duk berangan tu Ms Anggun sahut juga cabaran buka stall Burger Bakar.. Pengalaman yang tak dapat Ms Anggun lupakan.. Fiuuhh.. Merasa rezeki dari keringat sendiri.. Masa tu rasa macam Iron Lady sangat.. Gerai burger kot.. Selalunya orang lelaki jer yang jual burger.. Ms Anggun memang handle sorang2 dari beli barang, angkat barang, buat patty, masak sauce, bakar burger, serve customer dan jadi cashier.. One woman show! Ms Anggun pun kagum dengan diri sendiri sebab Ms Anggun tahu yang Ms Anggun ni seorang yang pemalu, penyegan dan lumpy.. Hihiii..

Menu Marly's Grill Burger :
Chicken Burger
Beef Burger
Lamb Burger
Chicken Meatball
Beef  Meatball
Cheesy Wedges
Onion Ring


Ms Anggun menyewa tapak di Day & Night Circle Seksyen 11 Shah Alam.. Masa mula-mula Ms Anggun handle seorang diri, menggelabah tak tahu nak cakap macamana.. Bab multitasking ni memang fail.. Ms Anggun's first onion ring hangus.. Ms Anggun's first order take away lupa nak letak roti kat atas.. Hahahaa.. Oopss! Tak pernah bagitau sesiapa lagi.. Hahahaa.. Memang Ms Anggun gelak sendiri bila tetiba kat dalam dulang ada sebelah roti yang dan digrill.. Terpinga-pinga jugakla sekejap.. Hahahaa.. Shhh.. 


Patty semua Ms Anggun buat sendiri.. White sauce pun sendiri.. Roti yang Ms Anggun guna memang terbaik.. Ms Anggun dapatkan dari Dondai Bakery di Bukit Jelutong.. Boleh custom size or taste.. Bagitau je kat Abang Dondai tu..


Pengalaman terbaik dalam hidup Ms Anggun.. Kenapa tak teruskan? Sebab Ms Anggun rasa sunyi meniaga sorang-sorang.. Tapi inikan bisnes Ms Anggun, kenapa pula nak kena ada teman? Itu soalan yang Ms Anggun sendiri tak boleh nak jawab.. 

Ms Anggun memang seronok meniaga burger sebab boleh buat sesuka hati.. Really miss that smiley lips.. Masa mula-mula nak letak smiley lips tu perasaan segan tahap gaban.. Tapi Ms Anggun kuatkan semangat dan "lantaklah apa orang nak cakap".. Got a few head turns masa hantar burger dah cukup membanggakan.. Marketing Strategy namanya.. Hihihii..

THREE SIMPLE RULES IN LIFE

1. If you do not GO after what you want, you'll never have it.
2. If you do no ASK, the answer will always be NO.
3. If you do not step FORWARD, you will ALWAYS be in the same place.

If ada peluang untuk jual burger lagi Ms Anggun kena fikirkan dulu sebab kudrat macam dah tak larat.. Mungkin bab-bab menyediakan makanan memerlukan banyak tenaga, so Ms Anggun rasa nak pilih cita-cita yang lagi satu.. Hahahaa.. Nak cuba buka butik pakaian la pula.. So Ms Anggun apply all the three rules.. Lets do this!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Kami kumpul duit simpanan dengan bisnes 'epal hijau'

"An Apple A Day Keeps The Doctor Away"

"An 'Epal Hijau' A Day Gives RM100 A Day"

"An 'Epal Hijau' A Day Keeps The 'Ceti' Away"

(^___^)

For more info VISIT us at BERNIAGA CARA SKN

No comments:

Post a Comment