Wednesday, January 28, 2015

Me annoy you, You annoy me.. That's Marriage



Marriage lets you annoy one special person for the rest of your life

Ms Anggun jumpa special person tu.. Mr Bergaya nama dia.. Keh keh keh.. Tapi selalunya Mr Bergaya yang banyak menyakitkan hati Ms Anggun.. Boleh bagi title Mr Annoying buat Mr Bergaya.. Hahaa.. Ms Anggun memang tak berdaya nak annoykan Mr Bergaya sebab Mr Bergaya lagi panjang akal orangnya.. Last2 nanti Ms Anggun yang sakit hati balik..

Gaduh.. Merajuk.. Terasa hati.. Memang adat rumahtangga.. Tapi kena la pandai tanganinya.. Kena terus terang sesama sendiri.. Cari solution yang terbaik..

Banyak perkara yang buat Ms Anggun annoyed terutamanya yang melibatkan tidur.. Hahaa.. Mr Bergaya selalu tak sedar Ms Anggun sakit hati atau marah sebab waktu tu Mr Bergaya tidur.. Hahaa..

Contohnya.. Janji nak keluar dating, Mr Bergaya akan suruh Ms Anggun bersiap dulu.. Mr Bergaya pula akan cakap dia nak baring sekejap sebab dari semalam tak tidur.. Hmm.. OK! Bila balik dari toilet Ms Anggun kompem akan jumpa sekujur tubuh sedang lena dibuai mimpi.. Walaubagaimanapun, Ms Anggun akan teruskan misi bersiap Ms Anggun dengan harapan dapat kejutkan Mr Bergaya bila dah siap.. Hahaa.. Harapan selalunya tinggal harapan..

Aktiviti kejut-mengejut Mr Bergaya memerlukan kekuatan iman dan tahap kesabaran yang tinggi.. Hahaa.. Contoh lagi.. Pukul 1 kejut, Mr Bergaya akan kebilkan mata dan selepas itu Mr Bergaya akan sambung tidur.. Pukul 1.30 kejut, Mr Bergaya anggukkan kepala sambil cakap OK dan selepas itu sambung tidur.. Pukul 2 kejut, Mr Bergaya akan kerut dahi dan tarik muka sambil mata masih lagi tertutup dan kemudian bunyi dengkuran bersambung.. Bila dah nampak kerut di dahi tafsiran Ms Anggun ialah Mr Bergaya marah dan tak jadi dating.. Hati mula panas, buka tudung, tukar baju dan duduk di kerusi sambil nangis.. Di awal pengalaman Ms Anggun memang nangis sebab sakit hati..

Bila Mr Bergaya bangun dari tidur yang katanya "baring sekejap" itu, Ms Anggun dah tak nangis cuma masam mencuka.. Mr Bergaya akan tanya kenapa.. KENAPA?! Ms Anggun cerita balik proses tu pada Mr Bergaya sampailah ke saat Ms Anggun nangis sakit hati.. Nanti Mr Bergaya akan cakap, kenapa nangis sebab Mr Bergaya tak sedar pun apa yang dilakukannya ketika tidur..  Mr Bergaya akan kata dia tak marah pun Ms Anggun kejut..

Sia-sia air mata Ms Anggun sebab Mr Bergaya tak sedar pun yang Ms Anggun tengah marah sakit hati padanya.. Hahaa.. Nangis dengan harapan nak attention tapi Mr Bergaya tak layan pun.. Hahaa.. Setakat umur perkahwinan kami ini.. Dah 4 kali Ms Anggun fully bersiap tapi tak jadi keluar dating.. Sob sob sob..


Kali terakhir dating tak jadi, Ms Anggun ambil keputusan untuk redakan marah Ms Anggun dengan memesan Domino's Pizza.. Large pizza sampai 2.. Favourite Ms Anggun "Extreme Edge Extravaganzza".. Guna duit dari wallet Mr Bergaya.. Opss!

It takes 30 minutes for the pizza to be delivered.. Dalam masa 30 minit tu Ms Anggun dah semakin reda.. Bila dapat makan hati Ms Anggun terus sejuk.. Ms Anggun makan sesorang.. tapi tak dapat habiskan pun.. Bakinya untuk Mr Bergaya.. Hahaa..

Pizza ni makan time panas baru syok.. Bila dah sejuk cheesenya dah keras.. Mr Bergaya terjaga dari tidur pizzanya sudah sejuk.. Mr Bergaya tanya, kenapa order pizza tak kejut?

Memang sengaja tak kejut dan biar pizza tu sejuk.. Hihii.. Saja nak annoykan Mr Bergaya..

Ampuun..

Ms Anggun marah-marah sayang kejap jer.. 30 minit delivery + 15 minit makan = reda.. Dan dalam masa tu Mr Bergaya tak perasan pun.. Hahaa..

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri

(^__^)

No comments:

Post a Comment